Saturday, May 9, 2009

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP MALAYSIA YANG KEDUA


Jamboree Di Udara (JOTA) peringkat kebangsaan Malaysia yang KEDUA akan diadakan pada 15/5/2009 hingga 17/5/2009.

Frekuensi JOTA yang akan digunakan adalah seperti berikut:

Jalur SSB (phone) CW (Morse code)
80-meter 3.740 MHz 3.590 MHz
40-meter 7.090 MHz 7.030 MHz
20-meter 14.290 MHz 14.070 MHz
17-meter 18.140 MHz 18.080 MHz
15-meter 21.360 MHz 21.140 MHz
12-meter 24.960 MHz 24.910 MHz
10-meter 28.390 MHz 28.190 MHz

Tuesday, April 7, 2009

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1

PEMBERITAHUAN
Menurut Peraturan 26(2) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya.

maklumat lanjut, sila klik http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE_2009_1_pemberitahuan.pdf

borang permohonan RAE
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE_2009_1_application_form.pdf

Tuesday, March 24, 2009

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA

Diucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang lulus dalam Peperiksaan Radio Amatur (RAE) bil 2/2008.

sila lihat keputusan http://www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=62526948&winrid=79386539

Wednesday, November 26, 2008

KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE)

Tarikh : 13 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat :Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat
Bayaran Penyertaan : RM30.00 seorang(termasuk urusan tadbir, tenaga pengajar, nota, makan-minum)
Anjuran : JOSRAC & Majlis Kelana Negeri PPMNJ
Sasaran: Ahli pengakap dan orang awam yang berminat.

Keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi en. Ramli Ibrahim (019-7575604)

Friday, October 31, 2008

AKTIVITI RADIO AMATUR DI JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP JOHOR KE 24







PENDAHULUAN
Bersesuaian dengan misi Kepengakapan, para peserta Jambori Antarabangsa Johor ke-24 akan mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik dan salah satu aktiviti tersebut ialah komunikasi radio amatur.
Pelaksanaan aktiviti ini akan memberikan peluang kepada para peserta jambori untuk berkomunikasi menggunakan radio amatur bagi mewujudkan rangkaian perhubungan, persahabatan dan persaudaraan Pengakap di semua peringkat samada di dalam Negeri Johor sendiri sehinggalah ke peringkat Negara-negara Rantau Asia Pasifik

MAKLUMAT PROGRAM


NAMA PROGRAM:

AKTIVITI KOMUNIKASI RADIO AMATUR

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE 24

TARIKH:

15 – 20 NOVEMBER 2008

TEMPAT:
KEM JUBLI INTAN TANJUNG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR.


PENYERTAAN
Semua peserta Jambori Antrabangsa Johor ke 24
( Anggaran 3000 peserta dari dalam dan luar negara )


PENGELOLAAN
Progam ini dikelolakan oleh Johor Scout Amateur Radio Crew (JOSRAC) bersama Krew Kelana Komunikasi Ibupejabat PPM (KELKOM), dengan kerjasama Kelab Ham Radio Muar, Segamat, Batu Pahat dan Johor Bahru.


Monday, October 13, 2008

WORLD JOTA 2008

pihak Johor Scout Amateur Radio Crew (JOSRAC) telah bersetuju terlibat dalam penyertaan World JOTA 2008 yang berlangsung pada 18&19 Oktober 2008 dengan melibatkan penyertaan daripada 4 daerah;
1. Segamat-9M1CSI : Dr. Hairuddin (9M2KMA) SMK Tenang Stesen, Segamat
2. Muar-9M1CSF : Mr. Kamal (9M2FX) Dataran Sg. Sarang Buaya, Muar
3. Batu Pahat-9M4CMR: Mr. Den Atan (9M2DA) Wisma Pengakap Jln. Mohd Khalid, Batu Pahat
4. Johor Bahru-9M1CSJ : Mr. Thango (9M2NP) Dataran Bandaraya, Johor Bahru

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Sesi2 / 2008

pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis peperiksaan radio amatur (RAE). Peperiksaan akan diadakan pada 17/12/2008. Permohonan telah dibuka dan tarikh tutup pada 24/10/2008.

Notis RAE: http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_NOTIS_2008_2.pdf

Download Borang: http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_APPLICATION_FORM.pdf

Pihak JOSRAC akan menganjurkan kelas persediaan RAE seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 Disember 2008 (sabtu)

Masa: 9 pagi hingga 5 petang

Tempat: Kem Tanjung Laboh, Batu Pahat.